Midnight
Midnight★
apa?
Friday 6 December 2013 | 20:26 | 0 comments
2013 bukan tahun aku. bukan tahun dimana aku minta semuanya baik baik belaka. malah tahun 2013 tahun paling menyedihkan. tahun yg paling sakit. diantara tahun tahun sebelum ini, 2013 lah paling aku berasa sakit. pedih sedih. aku tahu, semua ini adalah takdir. aku tak minta untuk menjadi sebegini rupa. gundah gulana hati ini memikirkan bagaimana tahun tahun berikutnya akan jadi. aku takut, takut akan kesengsaraan yg bakal aku hadapi kelak. apa yg harus aku lakukan? menangis bagai nak rak bukan boleh mengudah segala-galanya, bukan boleh menyelesaikan masalah. 
aku tahu aku tidak sekuat orang lain, aku tabah untuk terus bangkit dan berjalan di atas jalan yang penuh dgn duri. aku sabar. aku berserah. setiap kejadian yang menimpa aku pada tahun ini aku jalaninya dengan hati yang rela walaupun pedih. aku melihat pelbagai ragam manusia di sekeliling aku. aku perhatikan satu persatu. dimanakah orang orang yang aku perlukan disaat aku memerlukan mereka? aku hanya melihat mereka menikam sesama sendiri dan makin hari makin parah. aku jauhkan diri sorang sorang utk tenangkan hati yang sudah hancur. aku pendam sorang sorang sakit aku. aku biarkan mereka melihat aku ketawa walaupun aku sekadar buat buat sahaja. mereka tidak akan pernah faham apa yang aku lalui sekarang.
Aku okay. itu perkataan yang selalu aku kata pabila mereka bertanya. aku tahu, mereka hendak mencari bahan untuk buat jenaka sahaja. aku teruskan hidup aku seorang diri dan aku berserah kepadaNYA. lagi beberapa minggu sahaja 2013 hendak berakhir. aku berfikir sejenak, apa akan terjadi pada tahun 2014 yang bakal tiba ini.
aku rasa kosong, kosong tanpa orang yang ku sayang. mereka pergi meninggalkan ku dan pergi kepada orang lain. aku hanya ingin perhatian mereka, belaian mereka, kasih sayang mereka. aku tahu, siapa lah aku dimata mereka. hanyalah insan yg tidak berguna. aku tahu, aku hanya penyemak didalam hidup mereka. aku pasrah dgn kehendak ilahi. aku tahu, satu hari nanti aku akan bahagia walaupun aku sakit sekarang. aku yakin, aku akan menemui cahaya yang aku cari selama ini. aku hanya teruskan bersabar untuk seketika. aku berterima kasih juga kerana 2013 juga tempat aku hendak menjadi kuat. walaupun tak segagah dan sekuat orang lain, aku dapat sedikit sebanyak pengalaman yang dapat mematangkan pemikiran ku. 
Bayangkan. aku sedih dan tiada siapa yang tahu.

Older Post | Newer Post
Disclaimer

Plane-Ticket

Hello, read, feel and leave me alone


Click click click !

Entries About Links Stuff