Midnight
Midnight★
Pernah?
Saturday, 7 December 2013 | 15:27 | 0 comments
Pernahkah kau terfikir apa jadi dengan diri kau pada 10 tahun akan datang? pernahkah terfikir bagaimana rupa  masa depan depan kau? Pernahkah kau terfikir, apa yang harus kau lakukan untuk mengubah nasib hidup kau yang sekarang ni penuh dengan kekurangan yang agak melampau tatkala kau mahu kesenangan? kesengsaraan dan kesakitan yang kau alami sekarang mungkin akan berakhir atau mungkin akan berterusan? 

Pernahkah kau terfikir kenapa orang sekeliling kau tinggalkan kau secara pelahan-pelahan tanpa kau sedar? pernahkah kau tertanya-tanya mana perginya mereka yang dulunya menolong kau tatkala kau susah, sakit dan sedih? pernahkah kau terfikir, apa salah kau sehingga mereka sanggup meninggalkan kau sebegini rupa? 

Pernahkah kau duduk dan termenung seorang diri melihat gelak tawa insan lain dihadapan  kau? pernahkah kau berasa seperti kau tidak wujud disitu? pernahkah kau berasa seperti kau hanya lah hantu yang mereka tidak melihat? pernahkah kau terfikir, yang kau mahukan juga gelak tawa bersama mereka walaupun hanya seketika? 

Pernahkah kau berangan-angan ketika membaca novel cinta? pernahkah kau berangan-angan agar jalan cerita hidup kau sama bagaikan dalam novel yang penuh dgn kemanisan? Pernahkah kau berangan-angan pada satu hari nanti kau akan berasa bahagia? Pernahkah kau berangan-angan untuk menjadi insan yang paling dihargai dimata insan lain? pernahkah kau berangan-angan? 

Pernahkah kau?

Older Post
Disclaimer

Plane-Ticket

Hello, read, feel and leave me alone


Click click click !

Entries About Links Stuff